Seorang lelaki tidak sempat untuk melangsungkan pertunangannya apabila disahkan maut selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hari-Hari Cakap Tak Sabar Nak Duduk Rumah ‘Baru’, Wanita Akur Suami Tersayang Meninggal Dunia Selepas 11 Bulan Bersama
Kenderaan hilang kawalan
Memetik laporan Harian Metro, difahamkan mangsa yang bernama Mohd Khairulnizam Abdullah, 25, memandu kereta pacuan empat roda bersama tunangnya Nurul Syifa Ahmad Shukri, 26, dari Pulau Pinang menghala ke Changlun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, siasatan awal mendapati mangsa yang sedang bergerak di lorong kanan secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri bahagian lalu terlanggar beberapa batang pokok sebelum terbalik.
Akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bahagian Forensik Hospital Jitra dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
‘Tak sangka arwah meninggal kemalangan’
Dalam pada itu, bapa saudara kepada Nurul Syifa iaitu Amri Ali, 32, mendedahkan bahawa berita ini sangat mengejutkan keluarganya memandangkan segala persiapan bagi majlis pertunangan anak saudaranya dan mangsa sudah pun dibuat.
Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Pulau Pinang kerana Nurul Syifa bekerja di sana untuk pulang ke rumahnya di Kampung Penia, Mukim Malau, Kedah.
Saya difahamkan mereka singgah makan sebelum pulang ke rumah dan ketika kejadian hujan lebat.
Segala persiapan untuk majlis pertunangan esok sudah dibuat tetapi tak sangka kejadian ini berlaku namun kami sekeluarga reda.
Sementara itu, Amri mengesahkan Nurul Syifa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mengalami kecederaan patah paha kanan serta luka di bibir serta telinga.
Sumber: Harian Metro