Walaupun usia perkahwinan baru sahaja 11 bulan, seorang wanita terpaksa akur dan reda apabila suami tersayang dijemput Sang Pencipta. Walaupun pahit untuk ditelan kehidupan perlu diteruskan dan wanita ini perlu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah buat anaknya, Aisyah Humaira.
Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Maaf Kami Terpaksa Rahsiakan..’ – Anak Sebak Hanya Tahu Mak Meninggal Selepas Kebumi
Artikel Berkaitan: ‘Baru Nikah 4 Bulan Lebih…’ – Suami Akur Kehilangan Isteri Hidap Kanser Di Bulan Penuh Keberkatan
Suami tersayang meninggal dunia
Seperti perkongsian sebak seorang wanita di platfom TikTok, menceritakan telah kehilangan suami tersayang berikutan terlibat dalam sebuah kemalangan. Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menceritakan Allahyarham suaminya tidak ‘sempat’ merasa rumah baru mereka yang mengambil masa begitu lama untuk diubah suai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Pada tarikh 28/10/2020 alhamdulillah kita selamat diijab kabulkan. Tak lama lepas nikah ummi mengandung. 4/8/2021 ummi selamat melahirkan Aisyah Humaira. 14/9/2021 abi (Mohamad Firdaus bin Ishak) terlibat dalam kemalangan dan pada tarikh 25/9/2021 abi telah pergi selamanya.
Hari-hari tengok dekorasi rumah. Hari-hari cakap tak sabar duduk rumah baru bertiga. Tapi bila rumah dah siap renovate Abi kemalangan dan sekarang abi duduk rumah baru yang memang kami tak boleh tumpang sekali.
Wanita cekal ini turut akui bukan mudah bergelar ibu tunggal dan membesarkan cahaya mata seorang diri tanpa kehadiran suami di sisi. Dia pada masa yang sama, menceritakan tempoh berkenalan bersama Allahyarham suaminya begitu singkat sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
28/10/2021 hari ini genap setahun perkahwinan abi dengan ummi. Tapi demi amanah arwah ummi akan besarkan Aisyah. Aisyah segalanya bagi ummi. Susah macam mana pun ummi akan buat yang terbaik untuk anak ummi.
Perkenalan yang singkat, 3 bulan kawan, 3 bulan tunang dan 11 bulan cinta halal. Orang yang dulu paling meluat dan sekarang paling sayang hingga akhir hayat.
Video penuh:
@_puanmanis Semoga Abang tenang disana ???? #rindu #strongmom #syurgamenantimu?? #2021 #fyp ? Saat Terakhir – ST12
Semoga awak terus kuat!
Sumber: Puan Manis