Foto: Azliya Alia
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azliya Alia menerusi satu status menceritakan sudah kehilangan ibunya disebabkan sakit jantung. Bagaimanapun, dia sempat menceritakan satu kejadian yang berlaku sebelum ibunya dijemput menghadap Ilahi.
Kucing dirampas
Foto: Azliya Alia
Kisahnya bermula apabila pihak berkuasa dikatakan bertindak mengambil kucing peliharaan ibunya setelah menerima laporan daripada kejiranan Taman Penaga berkenaan kucing yang berkeliaran.
Kucing dipilih untuk diambil itu adalah seekor kucing betina yang sedang sarat mengandung.
Ujar wanita ini lagi, ibunya dan kakaknya ketika itu sempat merayu kepada pihak berkenaan supaya tidak mengambil kucing tersebut. Bagaimanapun, rayuan demi rayuan yang dikemukakan sama sekali tidak diendahkan
Demi menjaga perasaan mama si kakak ni pun turut merayu supaya Tak di ambil kucing tu… Dik kerana kesihatan mama. Mama akan kemurungan sekiranya kucingnya hilang atau mati. Puas kami anak-anak ambil masa untuk tenangkan mama. Dah beritahu tolonglah jangan ambil, ini melibatkan kesihatan mama.
Mama tak boleh hidup tanpa kucing. Mama terus menangis, menangis, menangis. Selepas pegawai *** tu pergi dengan mengambil kucing yang digelarnya ibu. Bawa sampai ke malam tak henti mama menangis. Pujuk anaknya yg ke-5, Akhmal sama jiwa denganya pencinta kucing. Katanya, kalau mama dah tak Ada buang semua kucing ni. Senang lepas tu Tak akan Ada report dari jiran.
‘Pergi cari najis kucing’
Foto: Azliya Alia
Selepas sehari kejadian itu, ibunya meneruskan tugas hariannya berjalan ke rumah jiran-jiran yang lain bagi mencari tahi kucing dan akan membuangnya ke dalam plastik walaupun najis itu bukannya datang daripada kucingnya sendiri.
Mama masih dalam keadaan sedih, sedang rehat tetiba mama telah diserang serangan jantung. Jatuh tasbih di tangan mama. Menyebabkan cucu-cucunya sedar akan sesuatu telah berlaku. Cepat-cepat panggil ayah tapi memandangkan ayah yg uzur dan ayah sukar untuk bergerak. Allahuakbar.
Hebat sungguh jiwa pencinta kucing. Dari kecik arwah mama setiasa bersama dengan kucing. Kucing sentiasa ada hinggakan dalam poket seluarnya subahanallah. Kesedihannya kerana kucing bawa kemati…
Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap pegawai berkenaan yang sama sekali tidak menghiraukan rayuan mereka.
Kami tahu kerja tuan-tuan. Tapi tolonglah ada sedikit keperimanusian. Selagi kita boleh berbincang kita bincang bukan dengan merampas hak orang tanpa sebarang notis atau waran atau report atau apa saja. Siasat dulu buat yang mengadu terima kasih, encik dapat apa yang encik nak.
Sumber: Azliya Alia