
Pelakon, Puteri Aishah mengakui tidak mudah untuk memastikan kediaman sentiasa berada dalam keadaan kemas sejak kehadiran cahaya mata sulungnya, Muhammad Faliq.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Pemergian Ibu, Puteri Aishah Rancang Bawa Adik Bercuti – ‘Saya Tak Pernah Betul-Betul Ada Untuk Dia’
Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Luang Lebih Masa Dengan Keluarga, Hargai Setiap Momen Bersama – ‘Saya Sayang Mereka Sepenuh Hati’
Rumah
View on Threads
Menerusi satu hantaran di media sosial, Puteri meluahkan rasa lega apabila berkesempatan membersihkan ruang biliknya secara menyeluruh meskipun sedar keadaan itu mungkin tidak bertahan lama.
Kata Puteri, sebelum ini dia tidak berapa gemar melihat suasana rumah yang bersepah namun terpaksa bersabar demi anaknya.
Apabila ada anak kecil (toddler) ini, susah betul hendak mengemas rumah. Saya dahulu tidak suka rumah bersepah, tetapi sejak ada Faliq, terpaksalah bersabar.
Alhamdulillah, dapat juga mengemas bilik hari ini. Sejuk mata memandang barang-barang tersusun kemas, walaupun sekejap lagi akan bersepah semula.
Tidak mengapalah, janji sudah buat pembersihan menyeluruh (deep cleaning) tadi. Pandai-pandailah saya menjegilkan mata supaya Faliq takut untuk membuat sepah, sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam.
Untuk rekod, Puteri mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Firdaus pada 21 November 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Sumber: Threads








