berita

‘Sejak Berkahwin, Kami Belum Pernah Tinggal Sebumbung..’ – Elizabeth Tan

May 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seperti umum mengetahui, penyanyi Elizabeth Tan sudah mendirikan rumah tangga bersama seoranag ahli perniagaan yang dikenali dengan nama Siew Jim.

Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Dah Kahwin?

Artikel Berkaitan: ‘Ya, Saya Sudah Berkahwin’ – Elizabeth Tan

Meskipun sudah berbulan-bulan mendirikan rumah tangga, tetapi penyanyi ini tidak pernah berkongsi kisah peribadinya media sosial.

Elizabeth Tan tinggal berasingan?

Terbaru, Berita Harian melaporkan bahawa penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Lizzy ini mengakui kehidupannya tidak banyak berubah walaupun sudah bergelar isteri. Malah, penyanyi kecil molek ini masih ‘sama’ seperti dahulu. Jelasnya lagi,  sejak mendirikan rumah tangga, setiap hari dia kehilangan beratus-ratus pengikutnya di Instagram.

Bukan itu sahaja, Lizzy turut mengakui bahawa dari awal perkahwinan lagi, mereka sudah membuat perjanjian untuk tinggal berasingan. Malah, sehingga kini, dia dan suami jarang sekali berjumpa dan hanya berjumpa jika bila perlu sahaja.

Peminat tidak tahu percaturan hidup kami. Saya dan suami memilih untuk tinggal berasingan. Sejak berkahwin, kami belum pernah tinggal sebumbung. Suami memilih untuk tinggal bersama ibunya. Sebagai anak bongsu, saya pula tidak bersedia meninggalkan ibu saya.

Ikut kehendak ibu

Tambah Lizzy lagi, dia dan suami masih belum berbincang untuk tinggal sebumbung dan kemungkinan akan memikirkannya semula sekiranya mereka dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Lizzy menafikan desas-desus mengatakan bahawa perkahwinannya itu diatur oleh keluarga sebaliknya memberitahu bahawa dia hanya mengikut permintaan ibunya yang mahu melihat dia berumah tangga.

Mama sudah lama minta saya berkahwin, jadi demi memuaskan hati mama, saya berkahwin sahajalah.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×