berita

‘Sejak Umur 18 Tahun Hingga Sekarang, Saya Dah Jumpa Pakar Psikiatri…’ – Caprice

October 26th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi rap sensasi dan aktivis kemanusiaan iaitu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan bahawa dia telah berjumpa dengan pakar psikiatri sejak berusia 18 tahun sehinggalah kini umurnya mencecah 34 tahun.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Payah Jadi Pembela Agama & Bangsa Guna Kuasa Viral’ – Kaunselor Mohon Caprice Berhenti Buka Aib Orang

‘Apabila saya berhenti bekerja, tangan akan menggigil’

Menerusi video tersebut, Caprice menjawab tentang dakwaan yang mengatakan dirinya menghidapi masalah mental, Histrionic Personality Disorder (HPD). Tambah Caprice lagi, dirinya sering diserang panik sekiranya tidak melakukan apa-apa pekerjaan.

Sejak usia 18 tahun hingga sekarang, saya sudah jumpa pakar psikiatri untuk dua masalah. Pertama sekali, saya memang ada masalah anxiety. Saya tak boleh duduk diam. Saya kena sentiasa bekerja. Apabila saya berhenti bekerja, tangan akan menggigil dan diserang panik.

Bukan itu sahaja, Caprice turut akui dirinya kerap menghidap insomnia yang sangat teruk sehingga membuatkan dia terpaksa makan ubat tidur.

Segelintir orang percaya yang saya ada HPD, minggu ini juga saya akan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan diagnosis lebih mendalam.

Kalau pakar psikiatri keluar surat yang saya tiada HPD, anda (pegawai perubatan) ada 24 jam untuk beri semua orang dalam ruangan komen dalam TikTok panadol (paracetamol) percuma.

Terdahulu, seorang lelaki yang dipercayai merupakan seorang pengamal perubatan mengeluarkan teori sendiri dengan mendakwa Caprice menghidapi masalah HPD.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sumber: Caprice

SKIP THIS AD ×