berita

Sejarah 13 Tahun Berulang, Anggota Polis Jadi ‘Bidan Terjun’ Sambut Bayi Lahir Dalam Tandas

December 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tindakan pantas seorang anggota polis menjadi ‘bidan terjun’ kepada seorang wanita yang hendak bersalin akhirnya telah berjaya menyelamatkan dua nyawa. Insiden cemas itu berlaku di Kampung Padang Balang Hilir, Kuala Lumpur.

Koperal sambut kelahiran bayi

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, insiden tersebut berlaku ketika Koperal Mohd Zahri Ramzan baru keluar dari ruamhnya namun secara tiba-tiba dia didatangi oleh seorang wanita yang meminta pertolongan.

Koperal Zahri kemudian bergegas ke rumah jiran yang dimaksudkan wanita itu dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat jirannya sudah terbaring menahan sakit di dalam tandas.

Saya dapati wanita itu amat lemah dan baru melahirkan seorang bayi lelaki. Kami dimaklumkan wanita itu mulanya mengadu mahu membuang air besar sebelum melahirkan bayi tidak cukup bulan secara tiba-tiba.

Dua kali jadi ‘bidan terjun’

Dia dan seorang lagi jiran kemudian membawa mangsa keluar dari tandas dan dibaringkan di ruang tamu untuk mengeluarkan uri yang tertinggal di dalam rahim wanita berkenaan.

Alhamdulillah, uri itu akhirnya dapat dikeluarkan sebelum dibalut dengan kain sementara menunggu ambulans tiba. Saya kemudian memangku bayi itu sebelum membersihkannya menggunakan kain.

Namun tidak lama selepas itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Koperal Zahri mengakui ini bukanlah kali pertama dia berhadapan dengan situasi cemas ini. Hal ini kerana, sebelum ini iaitu sekitar Mac 2007, dia juga pernah mengalami situasi yang sama seperti ini. Difahamkan, Koperal Zahri dikatakan mempunyai sedikit ilmu ketika menjadi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×