
Selepas dua tahun tidak mengeluarkan lagu raya, biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali dengan kemunculan single terbaharu, Raya Nak Ke Mana?
Artikel Berkaitan: ‘Siti Nurhaliza Is The Best Singer In The World, Dia Genius & Dahsyat’ – Roslan Aziz
Artikel Berkaitan: Lagu Anta Permana Tersenarai Dalam Pilihan Peribadi Raja Charles III, Ini Respon Siti Nurhaliza
Gembira nyanyi karya anak muda
Menurut Siti, dirinya sangat bertuah kerana dapat menyanyikan karya yang mempunyai elemen malar segar.
Lagu raya cukup sinonim dalam kerjaya saya dan tahun ini saya berasa bertuah kerana dapat menyanyikan sebuah lagi karya yang mempunyai keistimewaan dan berpotensi malar segar.
Single terbaharu karya Aisha Retno dan RADi menjadi buah tangan terbaharu Siti Nurhaliza
dengan garapan lirik Aisha Retno serta Amylea Azizan.
Sentuhan segar terbitan anak muda dua beradik itu berhasil mengembalikan nostalgia lagu raya kerana mempunyai rentak zapin seperti lagu-lagu yang dimiliki oleh Siti sebelum ini.
Sekali dengar terus setuju
Sebagai artis berpengalaman, Siti berasa gembira dapat bekerjasama dengan anak muda kerana yakin setiap pengkarya mempunyai kelebihan mereka tersendiri.
Tambah Siti, pertama kali mendengar demo lagu Raya Nak Ke Mana?, dia terus memutuskan untuk merakamkan lagu tersebut.
Sekali dengar, lagu ini terus memikat hati apatah lagi lagu berunsurkan irama tradisional sentiasa melekat di hati saya.
Saya sangat berharap agar lagu ini akan diterima pendengar dan peminat seperti koleksi lagu raya lain yang pernah saya nyanyikan.
Lagu tersebut adalah bukti di mana pencipta muda juga mampu menghasilkan lagu raya yang enak didengar, mudah diikuti serta memberikan aura kemeriahan hari raya yang dirindui.
Raya Nak Ke Mana? merupakan lagu terbitan SN Legacy Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn. Bhd.
Lagu itu mula dilancarkan di seluruh platform digital beberapa hari lalu dan video muzik lagu juga disiarkan di saluran youtube rasmi Siti.