Pelakon Anzalna Nasir, berkongsi pengalamannya apabila hampir terlupa untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan selebriti, Amira Othman dan suami, Fattah Amin.

Artikel Berkaitan: ‘Hidup Kita Bukan Dekat Instagram Je’ – Anzalna Nasir Hairan Isu Follow & Unfollow Masih Jadi Perdebatan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anzalna Nasir Seloroh Suruh Suami Tidur Luar, Respon Anak Bikin Netizen Ketawa – ‘Mummy Nak Duit Ke Tak Nak?’

Anzalna lupa majlis Amira, Fattah

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata dia hanya teringat mengenai jemputan itu kira-kira dua jam sebelum majlis bermula.

Disebabkan itu, pelakon drama Dendam Aurora ini terpaksa mendapatkan bantuan jurusolek dan pendandan hijab untuk bersiap menghadiri majlis tersebut.

Percaya atau tidak, saya boleh terlupa semalam ada wedding! Dua jam sebelum majlis baru teringat.

Terus hubungi makeup artist @adilamalek dan hijab stylist @bellaaszn datang rumah siapkan saya.

Anzalna terpaksa pakai baju warna putih

Bukan sahaja kerana kesuntukan masa, ibu kepada dua cahaya mata itu juga menghadapi dilema dalam memilih pakaian yang sesuai, sehingga tiada pilihan lain selain mengenakan busana berwarna putih.

Nasib baik ada baju @arunasayfulldesiree dalam wardrobe yang belum pernah dipakai, tapi warna putih pula! Minta maaf pengantin, saya pakai baju putih terus tak berani nak naik pelamin jumpa pengantin.

Tambah Anzalna, dia bersyukur kerana sempat menghadiri majlis perkahwinan pasangan merpati dua sejoli itu walaupun dalam keadaan terburu-buru.

Dalam pada itu, Anzalna meluahkan rasa gembira dan terharu menyaksikan detik bahagia pasangan pengantin itu. Malah, dia menyifatkan majlis tersebut sangat meriah dengan kehadiran para tetamu serta persembahan hebat daripada penyanyi jemputan.

Apa pun, Amira Othman memang cantik sangat. Fattah Amin memang bertuah dapat dia! Wedding reception pun best, semua penyanyi favorite saya perform, rasa macam pergi concert!

Thanks again guys for having us. Sekianlah cerita daripada kalut girl but Alhamdulillah, we still made it on time to the wedding sebab dekat sangat dengan rumah.

Sumber: Instagram