berita

‘Sekarang Saya Dah Tiada Mami, Kenapa Orang Itu Tembak Mami?’ – Anak Arwah Wanita Hamil 7 Bulan

June 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mengakui terkejut serta tidak percaya dengan apa yang terjadi, anak sulung kepada arwah Farrah Emirah Mazlan iaitu Mohamad Mustaqim Darwish sedih menerima khabar duka mengenai kematian ibunya.

Artikel berkaitan: ‘Nak Keluar Mengurut Kerana Lenguh Badan’ – Wanita Mengandung Mangsa Tembakan Minta Tolong Nenek Jaga 3 Anak

Artikel berkaitan: Wanita Mengandung Ditemui Maut Di Tempat Duduk Pemandu Dengan Kesan Tembakan

Kirim nasi goreng

Sekarang saya dah tiada mami (ibu), saya sangat sedih lagipun adik-adik masih kecil. Saya tak tahu kenapa ‘orang itu’ boleh tembak mami yang sangat sayang, lagipun mami orang yang baik.

Menurut Mustaqim, dia terkejut sebaik sahaja mendapat tahu ibunya sudah tiada. Sebagai anak sulung, Mustaqim kelihatan sangat sedih dan memikirkan mengenai nasibnya dan adik-adik selepas ini. Namun begitu, Mustaqim mendapat sokongan dan kata semangat daripada saudara-mara dan moyangnya, Zawiah Sulong.

Saya hanya tahu mami meninggal dunia selepas dibawa ke lokasi kejadian petang semalam, saya lihat ibu kaku di sebalik tingkap kereta. Kali terakhir kami berjumpa Jumaat malam lalu sebelum mami keluar, malah saya sempat mengirim nasi goreng untuk dimakan jika dia pulang, namun tidak kesampaian.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Haja Said, tidak menyangka anak sulung daripada tujuh beradik itu meninggal dunia dengan cara sebegitu. Sebagai ibu, Siti Haja reda dengan ketentuan Ilahi.

Tak sangka perbualan melalui telefon pada tengah hari Jumaat lalu rupa-rupanya adalah perbualan terakhir kami berdua. Walaupun arwah dipelihara ibu mentua sejak kecil, namun kami sentiasa berhubung dan dia turut berkongsi kegembiraan perkembangan bayi dalam kandungannya. Saya terima dengan reda namun berharap agar polis dapat mencari pembunuh dengan segera serta memberinya hukuman setimpal.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×