berita

‘Sekiranya Saya Atau Isteri Tiada Di Dunia..’ – Dr Say Menangis Ketika Ambil Kad OKU Anak

May 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Baru-baru ini Dr Say Shazril memuat naik tentang pengalaman mengambil kad Orang Kurang Upaya (OKU) anak sulungnya yang disahkan menghidap autisme.

Artikel Berkaitan: ‘Keupayaan Kawalan Tingkah Laku & Kemahiran Komunikasi Ace Perlu Diperbaiki’ – Dr Say Mohon Ibu Bapa Celik Perkembangan Anak Autism

Artikel Berkaitan: Suka Gigit Rakan Di Sekolah, Dr Say Sebak Kenang Nasib Anak Autisme

‘Berjurai air mata..’

 

Menerusi hantarannya di Instagram (IG), Dr Say berkongsi tentang perasaannya ketika mengambil kad OKU untuk anak istimewanya itu di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sepang.

Saya daftar untuk kad OKU Ace pada Januari 2023. Sabtu baru-baru ini saya semak di atas talian & kad OKU Ace sudah boleh untuk dituntut. 4 bulan untuk kad OKU siap.

Terus terang cerita bila nak amik kad OKU hari ini terasa sangat berat, rasa macam “aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?”. Tapi saya gagahkan jua sebab saya juga yang memohon kad OKU itu.

Sampai dekat JKM Sepang, sepi tak ada orang lain. Macam suasana dicipta untuk saya mendalami yang anak saya istimewa, anak saya kelainan upaya & ini buktinya. Bila kad OKU dihulurkan dekat saya, saya ucap terima kasih pada pegawai JKM & terus saya meluru masuk kereta.

Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa sebak ketika melihat nama dan wajah anaknya pada kad tersebut.

Dalam kereta saya amati elok-elok kad OKU tu. Besar tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya & ada gambar Ace senyum yang cukup suci, ikhlas & naif. Berjurai air mata saya, saya tak tau sebab apa.

Bagaimanapun, sebagai seorang bapa yang mempunyai anak istimewa dia tidak pernah berasa malu dengan keadaan anaknya malah baginya kad tersebut adalah sebagai medium bantuan untuk masa depan anaknya kelak.

Nak kata saya malu pegang kad OKU ni sikit pun tak, sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau isteri tiba-tiba tiada di dunia ni.

Nak kata saya sedih anak saya OKU juga tak sebab OKU tidak semestinya dia tak boleh enjoy hidup di dunia ini seperti kanak-kanak yang lain. Saya serius tak tahu kenapa saya sayu tapi saya mengambil masa yang agak lama untuk menerima bahawa anak saya kini ‘SECARA RASMI’ berbeza daripada orang lain.

Banyak keistimewaan

Sementara itu, bapa kepada dua orang anak ini juga menitipkan pesanan kepada ibu bapa diluar sana agar jangan pernah berasa malu untuk memohon kad OKU kerana banyak manfaat dan hak yang disediakan untuk mereka.

Saya tahu mesti ramai persoalkan “kenapa buat kad OKU untuk Ace, kesian dia”. Kalau kalian tak tahu, kad OKU ini ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, ‘butterfly effect’ bila melancong tapi ULTIMATUMnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yang akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat.

Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul-betul nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan & keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. Anak saya ada kad OKU dan saya redha.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×