Sejak beberapa hari lalu, nama usahawan kosmetik sensasi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas memuat naik muzik video lagu raya terbarunya di Instagram.
Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan Aliff dan menyifatkan usahawan itu tidak menghormati bulan Ramadan.
‘Selagi tak berbogel, tak ada isu pun’
Susulan daripada isu tersebut, Aliff tampil mempertahankan konsep muzik video (MV) lagu rayanya dengan mendakwa penampilannya itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia bukannya tidak menutup aurat. Malah, konsep tersebut juga diberikan oleh penata riasnya.
Bila tarian itu dibuat, bagi saya tiada masalah. Selagi baju itu tak seksi, menjolok mata, tak berbogel, tak ada isu pun. Kalau kita tengok tarian gimnasium ataupun kolam renang, ada juga kan. Senang cerita ia bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau rasa menjolok mata, terpulang. Bagi saya, saya tak buka aurat, tak berpegangan tangan, pakai mekap, itu hanya sekadar seni.
Dalam kesempatan itu, Aliff berharap agar orang ramai dapat menerima dirinya sebagai artis selain memberi peluang kepadanya untuk terus berkarya dalam bidang nyanyian.
Saya yakin tiada video yang dikeluarkan akan menjolok mata. Saya yakin saya akan menjaga hati semua pihak terutama keluarga, isteri, anggap saja hiburan, jangan ambil serius.
Selepas ini akan ada juga penampilan artis lain yang mencuit hati. Tapi kalau tak mahu tengok, tak payah, langkau saja, tiada paksaan. Terima kasih kepada yang mencerca, menghina, dan ada juga memuji. Sebagai figura awam, saya tak boleh nak halang atau lawan mereka. Cuma saya merayu satu perkara, jangan libatkan keluarga, isteri saya nak bersalin dah.
Sumber: Harian Metro