berita

Selalu Tak Confident Dengan Diri Sendiri? ? Ini Tips Tingkatkan Keyakinan Untuk Kekal Positif!

April 7th, 2019 | by Ai
Shout Out!

Setiap orang memiliki personaliti yang tersendiri. Kadang-kadang lihat perwatakan nampak macam berani, tapi rupanya bila mahu bercakap di hadapan orang ramai, terketar-ketar dibuatnya. Adakah korang jenis yang macam ni?

Kalau korang nak tahu, keyakinan diri sangat berkait rapat dengan kejayaan seseorang. Jika korang nak berjaya, kenalah sentiasa berkeyakinan! Jadi, apa kata anda ikuti tips bagaimanana nak tambahkan rasa keyakinan yang tinggi dalam diri. Lepas ni confirm korang akan lebih confident tak kira kat mana sekalipun!

Latih minda untuk jadi positif

Kalau korang selalu tak yakin nak berhadapan dengan sesuatu situasi, korang perlu set dalam minda bahawa korang boleh lakukannya, jika korang gagal maka terus berusaha dan jangan sesekali menyerah. Contohnya, watak Leftenan Zana lakonan Janna Nick yang digambarkan tidak pernah menyerah walaupun cita-citanya dihalang.

Selain itu, korang juga perlu bergaul dengan kawan-kawan yang bersifat positif dan sentiasa menyokong diri korang. Jangan tak tahu, jika korang bergaul dengan orang-orang yang positif, ia dapat membantu diri untuk lebih berkeyakinan.

Buang perasaan risau dalam diri

Jika korang sering berasa risau akan kekurangan diri, buanglah perasaan itu jauh-jauh! Letakkan 100% keyakinan pada diri korang dalam apa jua situasi dan jangan pernah berasa takut. Paling penting sekali, pedulikan kata-kata negatif orang lain.

Macam pelakon Syafiq Kyle, walaupun dirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi namun dia tetap positif dan terus meneruskan kariernya sebagai seorang anak seni.

Ubah penampilan

Point ini nampak macam simple kan? Tapi, sebenarnya penampilan diri sangat penting untuk kekalkan keyakinan diri. Mungkin ada dalam kalangan korang yang rasa rendah diri kerana tidak mempunyai personaliti yang menarik.

Jadi, korang perlu mengubahnya! Pastikan korang sentiasa memakai pakaian yang kemas dan bersih. Semburlah sikit minyak wangi, barulah confident!

Jangan terlalu rendah diri

Kalau korang selalu pandang orang lain lebih hebat, mungkin lepas ini anda perlu mengubah persepsi itu. Tak perlu membandingkan diri dengan orang lain.

Percayalah bahawa diri korang sama hebat seperti orang lain, jangan biarkan perasaan rendah diri itu lemahkan fikiran korang. Bila tengok orang lain hensem macam Remy Ishak dan cantik macam Mira Filzah, mesti korang rasa ‘buruknya aku’. Tapi, percayalah sebenarnya korang cantik dan kacak tapi dari sisi yang lain.

Jom tengok DFKL

Untuk positifkan diri korang lagi, apa kata korang saksikan Malam Anugerah DFKL 2019 yang akan bersiaran langsung pada pukul 9 malam Ahad, 7 April 2019 di TV3. layari laman sesawang www.dfkl.com.my serta laman media sosial rasmi Facebook dan Instagram @TV3Malaysia dan @8TVchinese untuk dapatkan maklumat lanjut.

Layari juga www.xtra.com.my untuk ikuti artikel-artikel terkini mengenai DFKL 2019. Gunakan tanda pagar #positifselalu dan #dfkl2019 dalam setiap pos anda di media sosial untuk menghangatkan lagi perbualan di platform digital.

SKIP THIS AD ×