berita

‘Selalu Tonton Rancangan ‘Jejak Rasul’ Di TV3′ – Pelajar India Raih Keputusan 9A Dalam SPM, Tasawwur Islam A+

June 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah diumumkan. Pelbagai kisah suka dan duka mengenai calon yang menduduki peperiksaan tersebut mahupun ahli keluarga mereka telah viral di media sosial.

Di Twitter, personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya meluahkan rasa terharu dengan pencapaian seorang pelajar lelaki berbangsa India yang meraih gred 1A+ bagi subjek Tasawwur Islam.

Selalu tonton Jejak Rasul

Selamat pagi abang Ahmad. Saya baru je terima keputusan SPM sebentar tadi dan syukur. Saya telah mendapat 9A dan A+ untuk Tasawwur Islam! Semestinya rancangan-rancangan TV3 seperti Tanyalah Ustaz, Halaqah dan khususnya Jejak Rasul telah membantu saya mempelajari lebih dalam tentang Islam.

Menurut Fedtri Yahya, dia telah menerima ‘direct message’ daripada seorang pelajar yang dikenali sebagai Sai Easwaran selepas keputusan SPM diumumkan semalam. Jelasnya, pelajar tersebut telah mendapat A+ dalam subjek Tasawwur Islam kerana sering menonton rancangan ilmiah seperti Jejak Rasul yang disiarkan di TV3.

Ujar Fedtri lagi, remaja tersebut turut berterima kasih kepadanya kerana berkongsi maklumat tentang Islam dan juga Bahasa Melayu di media sosial. Di akhir kiriman itu juga, Sai Easwaran meluahkan rasa terhutang budi kepada kesemua hos rancangan ilmiah di TV3.

Puasa enam abang

Di samping itu, Fedtri Yahya turut mendedahkan pelajar tersebut sedang melaksanakan Puasa 6 meskipun dirinya masih belum memeluk Islam. Menurut Sai Easwaran, dia menjadikan puasa 6 sebagai amalan dalam kehidupannya walaupun mengetahui ianya tidak sah.

Sumber: Fedtri Yahya

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×