

Peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari koma akibat kemalangan jalan raya.
Artikel berkaitan: Sandra Dianne Terlibat Kemalangan, Masih Tidak Sedarkan Diri Di ICU
Berita duka ini dikongsikan rakan arwah, Sufie Rashid dan peserta Big Stage di laman Instagram masing-masing.
Sandra rehat k
Sabtu lalu, penyanyi lagu ‘Hey Kau’ ini dan rakan terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk latihan penuh Big Stage. Memetik laporan Harian Metro, kereta yang dinaiki Sandra hilang kawalan lalu melanggar sisi kiri sebuah Nissan Almera sebelum terbalik.
Akibat daripada perlanggaran itu, Sandra dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Sumber : Harian Metro , usopofficial , Sufie Rashid





![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)