berita

Selamat Tinggal Adib

December 17th, 2018 | by Nisa Irina
Kini Trending

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Artikel berkaitan: Kesihatan Adib Merosot, Mohon Rakyat Malaysia Doakan Cepat Sembuh

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memaklumkan berita sedih tersebut dalam satu sidang akhbar ringkas.

Penghormatan terakhir

Insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu telah menyebabkan Muhammad Adib cedera parah akibat diserang.

Susulan itu, Muhammad Adib dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Menurut Zuraida, keluarga Muhammad Adib telah dimaklumkan tentang kesihatannya semakin merosot. Sebelum ini, keluarganya turut diberi kaunseling untuk berhadapan sebarang kemungkinan.

Jenazah akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dengan helikopter.

Sumber: Utusan Online

The following two tabs change content below.