berita

Kesihatan Adib Merosot, Mohon Rakyat Malaysia Doakan Cepat Sembuh

December 16th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Malaysia digemparkan dengan berita seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dikejarkan ke hospital kerana cedera parah selepas diserang oleh sekumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya. Namun, beliau kembali pulih selepas menjalani rawatan.

Artikel Berkaitan: Rusuhan Kuil : Patah Tulang Rusuk & Alami Kecederaan Dalaman, Anggota Bomba Kini Di ICU

Terbaru, menerusi laporan Bernama, keadaan kesihatan beliau, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Pertukaran gas tidak berfungsi

Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini beliau, berkata paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan selepas menjalankan penilaian menyeluruh.

Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis.

Mohon semua berdua agar beliau cepat sembuh

Berikutan perkembangan itu, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi untuk membantu keperluan sistem pernafasannya selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin.

Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh.

Sumber: Bernama