Hadir dalam sebuah acara di Academy Museum of Motion Pictures, penyanyi, Selena Gomez dan model, Hailey Bieber, membuktikan kepada netizen bahawa mereka tidak bermusuh.
Bergambar mesra
Sebelum ini, Hailey tampil menjelaskan bahawa dia tidak pernah merampas Justin Bieber daripada Selena Gomez sewaktu mereka remaja dulu. Berikutan daripada itu, foto ‘mesra’ Hailey dan Selena semasa majlis tersebut berjaya ‘mengunci’ mulut netizen yang mendakwa mereka bermusuh disebabkan hal berkenaan.
Tambah Hailey, tiada istilah mereka sudah berdamai kerana hakikatnya permusuhan yang disangkakan wujud antara mereka tidak benar sama sekali. Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan Selena dan Hailey tidak kekok bergambar serta melagakan pipi masing-masing. Mereka dikhabarkan turut rancak bersembang di acara itu.
Sumber: Elle