berita

Selepas 7 Bulan Tak Pulang, Lelaki Ini Buat Kejutan Ulang Tahun Bikin Ibu Menangis

October 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Setelah 7 bulan terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga tercinta, seorang lelaki telah melakukan kejutan buat ibu dan adik beradiknya. Menerusi Twitter Isyvpipi, wanita itu berkongsi video surprise yang dilakukan oleh adik lelakinya itu sempena ulang tahun kelahiran ibu mereka. Sumpah sedih!

After 7 month bertugas di Sabah

Menerusi video berdurasi 0:45 saat, lelaki tersebut membawa kek buat ibunya sempena ulang tahun kelahiran. Lebih menyentuh hati, ibunya kelihatan terkejut dan memeluk anaknya itu selepas 7 bulan mereka tidak berjumpa. Menurut kakak lelaki tersebut, adiknya itu baru pulang dari Sabah selepas bertugas di sana.

Tambahnya, ibu mereka tidak mengetahui langsung berita kepulangan anak lelakinya dari Sabah. Ini kerana, adik lelakinya itu meminta berita kepulangannya dirahsiakan. Perasaan gembira seorang ibu selepas sekian lama tidak berjumpa dengan anak jelas terpancar dan perasaan yang sama turut dirasai oleh netizen.

I can feel it

Tak pernah merasa kasih sayang

 

Rata-rata netizen meluahkan perasaan sedih ketika melihat video tersebut. Namun, ada di antara mereka turut meluahkan perasaan tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu seperti lelaki tersebut.

Sumber: Isyvpipi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×