
![]()
Semalam gempar di Masjid Sungai Plong apabila seekor babi hutan dikatakan telah sesat dan memasuki ruang utama solat masjid berkenaan. Malah, binatang tersebut telah menyondol seorang jemaah dan mengejar kanak-kanak.
Bagaimanapun, babi hutan tersebut telah ditembak oleh salah seorang jemaah yang mempunyai senapang patah. Hari ini, penduduk setempat bergotong-royong ‘membersihkan’ tempat ibadah tersebut dengan menggantikan beberapa karpet solat dan peralatan masjid yang telah rosak.
Kejadiaan semalam
https://www.instagram.com/p/BgAaHhxBoXC/?taken-by=kosmo_online
Kejadian semalam menyaksikan binatang berkenaan telah ditembak mati. Dipercayai beberapa harta benda masjid dan dua buah motorsikal jemaah rosak.
Samak masjid
![]()
Menurut Kosmo Online, proses samak atau sertu dilakukan sekitar Masjid Jamek Sg Plong, Sungai Buloh tengah hari tadi.
Tukar karpet
![]()
Malah, pihak masjid telah menempah karpet baru bernilai RM34,000 untuk pemasangan segera bagi menggantikan karpet lama yang sebelum ini ‘ditakluk’ oleh babi hutan.
![]()
Credit: Kosmo Online








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)