Usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung gelaran ‘penyanyi nombor satu Malaysia’ yang sebelum ini konon miliknya.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Hanya Gurau Gelar Aliff Syukri Penyanyi Nombor Satu Negara – ‘Janganlah Ambil Serius’
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Hanya Gurau Gelar Aliff Syukri Penyanyi Nombor Satu Negara – ‘Janganlah Ambil Serius’
Ibu membantah
Menerusi sepotong video di laman TikTok, Aliff dilihat sedang berdebat dengan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim mengenai gelaran tersebut. Menurut Rozita, dia membantah tindakan Aliff yang mencanang kepada umum dengan mengatakan dirinya penyanyi nombor satu negara selepas Siti.
Bagaimanapun, Rozita yang juga seorang usahawan bersyukur apabila pelantun lagu Puernama Merindu itu tidak berkecil hati dengan tindakan anaknya itu.
Mak tengok ada orang komen dekat media sosial yang kau kata ‘kenal tak saya, saya artis nombor satu’ dekat Siti Nurhaliza. Kau kenapa? Bodo*lah kau ini, nasib baik Siti tak kecil hati.
Maaflah Siti, anak saya memang macam itu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu.
Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke? Kalau Siti semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dapat, kau dapat anugerah apa? Kecaman sahaja.
Pun begitu, ayah kepada enam cahaya mata itu masih berkeras hati dan tetap dengan pendiriannya bahawa dia layak memegang gelaran berkenaan. Malah dia sempat berseloroh dengan mengkritik nyanyain pemilik nama penuh Siti Nurhaliza Taruddin, 44.
Tidak apa, awak (Siti) jangan takut, walaupun awak duduk belakang saya, saya tetap akan sokong awak. Suara awak sedap, cuma ada pitching lari sikit. Awak kena ikut macam saya punya suara.
Akhirnya mohon maaf
Enggan memanjangkan berdebatan dengan ibunya, Aliff akhirnya tampil memohon maaf kepada Siti dan mengakui silapnya kerana melukakan hati penyanyi kesayangan ramai itu.
Siti Nurhaliza, saya minta maaf kerana tidak sengaja melukakan hati awak. Sekarang disebabkan mak saya dah marah, saya jadi dekat belakang awak lah. Awak nombor satu.
Saya serahkan saya punya anugerah saya kepada awak. Saya reda awak nombor satu. Saya minta maaf, saya janji tidak buat lagi. Awak ambillah balik nombor satu awak. Saya dah nombor dua, tidak apa lah. Terima kasih Siti Nurhaliza.
Sumber: TikTok