Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa komen yang ditujukannya kepada Datuk Seri Aliff Syukri dengan mengakui usahawan terkenal itu sebagai penyanyi nombor satu negara hanyalah gurauan semata-mata.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Penyanyi No.1, Saya Belakang Awak’ – Siti Nurhaliza ‘Akui’ Aliff Syukri Penyanyi Hebat
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tak Seksi & Tak Berbogel, Tak Ada Isu Pun..Itu Hanya Sekadar Seni’ – Aliff Syukri
Siti mohon jangan ambil serius
Memetik laporan Kosmo, sedar akan berita itu menjadi bualan di media sosial, Siti, 44, meminta agar warganet tidak mengambil serius mengenai kenyataan dan komennya itu.
Saya rasa respons tersebut lebih kepada hiburan dan gurauan untuk melayani kerenah Datuk Aliff Syukri sahaja kerana saya tahu dia sengaja berbuat demikian.
Jangan ambil serius dengan apa yang kami bergurau kerana bagi saya perkara tersebut untuk hiburan semata-mata.
Penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Kekasih itu juga berharap agar para peminat faham dengan gurauan yang dibuatnya itu dan tidak bergaduh sesama sendiri.
Janganlah (bergaduh). Kami bergurau-gurau begitulah. Jangan ambil serius. Saya tahu peminat faham gurauan kami.
Lebih pentingkan hasil kerja
Dalam pada itu, Siti juga memberikan pandangan terhadap gelaran penyanyi nombor satu yang dipegangnya sejak dulu.
Menurut isteri kepada Datuk K itu, dia berpendapat bahawa gelaran yang diberikan itu tidak akan kekal selamanya sebaliknya ketika ini, hanya memetingkan hasil kerja yang baik untuk dihasilkan buat peminat.
Sebetulnya dalam hati saya tidak mahu orang bagi gelaran penyanyi nombor satu pun kerana gelaran tersebut tidak kekal dan tak ke mana.
Apa yang penting kerja-kerja yang kita buat. Selagi dapat buat terbaik dan orang suka, selagi itu boleh diterima dalam industri.
Tambah ibu kepada dua orang itu lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana dirinya masih relevan dan masih lagi diterima dan dihargai peminat.
Terdahulu, kecoh menjadi bualan di media sosial mengenai pengakuan dan gurauan dibuat Datuk Siti yang menyatakan Datuk Aliff merupakan penyanyi nombor satu negara.
Sumber: Kosmo