
Rezeki seorang peniaga kecil apabila kedainya menerima kunjungan pempengaruh dan pengkritik makanan terkenal, Jason, sekali gus mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chicken Popcorn Jason Dapat Rate 8/10, Netizen Rasa Harga Agak Mahal – ‘RM14.90 Boleh Dapat Set Gepuk’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Punya Tak Puas Hati Sampai Fitnah Aku Bayar Jason’ – Cik Epal
Banyak terima order
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, individu yang dikenali sebagai Aisyah itu memaklumkan kehadiran Jason ke kedainya berlaku kira-kira sebulan lalu namun sehingga kini masih sukar untuk dipercayai.
Tambah Aisyah, dia menyifatkan perniagaannya masih kecil sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya tidak mampu mengawal pesanan pelanggan yang tinggi.
Dah sebulan, masih tak percaya semua ini jadi.
Pernah sembang dengan suami, macam mana kalau suatu hari, Jason datang. Tapi rasa tak mungkin. Kami masih kecil jadi takut untuk kawal orang ramai.
Masa Jason datang semua orang tak nak keluar dan tak keruan. Rasa dada nak meletup. Cari keberanian juga nak keluar. Shaking dan suara pun gementar.
Bagaimanapun, Aisyah memaklumkan dia menerima banyak pesanan serta pelbagai mesej positif selepas Jason memuat naik video ulasan mengenai makanan yang dijual.
Selepas Jason muat naik, memang sibuk dari pagi. Petang baru sempat buka telefon.
Tengok semua komen. Menangis saja sebab terharu baca semua mesej yang baik-baik. Yang sokong dari rumah. Menangis sebab selalu rasa diri ini kerdil.
Ya saya masih tak percaya. Tapi perkara baik akan muncul bila kita mencuba dan usaha. Wajib percaya pada perancangan Allah.
Sekarang hati penuh rasa syukur.
Sumber: Threads @aisyahsammm







