berita

Selepas Minta Delete Gambar Berseluar Pendek, Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita?

October 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kecoh ketika ini di laman TikTok apabila seorang wanita mendakwa dirinya telah hamil anak luar nikah hasil hubungan terlarang dengan seorang pelakon kacak yang namanya sedang meningkat naik.

Artikel Berkaitan: Lelaki Tergamak Buang Bayi Kembar Masih Beruri Dalam Sungai, Takut Kantoi Ada Anak Luar Nikah

Sudah hamilkan, tak bertanggungjawab?

Menerusi pendedahan yang dikongsikan wanita terbabit, dia mendakwa pelakon lelaki berkenaan enggan bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku dan terus mengelak berjumpa dengannya.

Malah, wanita berkenaan berkata dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk menularkan wajah pelakon tersebut agar dia bertanggungjawab.

Dia telah menyebabkan saya hamil dan dia tidak mahu bertanggungjawab, sama seperti apa yang dia pernah buat dekat teman wanitanya.

Menyesal dengan apa yang telah awak buat atau menyesal berjumpa saya tidak akan mengubah apa pun.

Sekiranya cara ini (viral) untuk buat awak bertanggungjawab, saya akan buat. Saya akan buat walaupun ianya nampak bodoh.

Dalam hantaran yang berbeza, wanita tersebut meminta netizen untuk berhenti menyebelahi pelakon terbabit disebabkan imejnya yang kelihatan baik.

Berhenti sokong dia. Berhenti berlakon jadi baik. Kalian akan terkejut jika nampak perangai sebenar dia.

Sementara itu, menerusi tinjaun OhBulan! ke Instagram pelakon terbabit, netizen sudah mula berkampung dan membanjiri ruangan komen pada perkongsiannya.

Bagaimanapun, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan pelakon itu tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab dan mesej yang dikirim tidak dibalas.

Malah, menurut sumber terdekat, pelakon itu sudah mengetahui isu yang sedang tular ini dan memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan.

Terdahulu, pelakon terbabit meminta semua pihak untuk memadam foto dan video yang memperlihatkan dirinya berseluar pendek atau tidak menutup aurat.

Malah, pelakon berkenaan berkata, dia dalam fasa memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik selepas membintangi sebuah drama berunsur Islamik.

SKIP THIS AD ×