berita

Lelaki Tergamak Buang Bayi Kembar Masih Beruri Dalam Sungai, Takut Kantoi Ada Anak Luar Nikah

September 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

buang bayi kembar

Foto: Tribun News

Dua bayi kembar yang baru lahir dan masih beruri ditemukan oleh seorang lelaki semasa sedang memancing di sebatang sungai.

Artikel Berkaitan: CCTV Kantoikan Wanita Selamba Buang Bayi Dalam Tong Sampah Selepas Bersalin Dalam Lif

Artikel Berkaitan: Ibu Didakwa Tergamak Bunuh Anak Kembar, Tekup Pakai Bantal Sampai Mati

Lahirkan bayi seorang diri

buang bayi kembar

Foto: Tribun News

Memetik laporan Tribun News, bayi kembar tersebut ditemui di Sungai Buntung, Dusun Krasakan, Berbah di Indonesia kira-kira jam 10.30 pagi pada 14 September lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Berbah, Pesuruhjata Parliska Febrihanoto berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki tersebut dan segera ke lokasi kejadian.

Polis kemudian berjaya menahan ibu bapa bayi kembar itu yang merupakan seorang pemandu pelancong dan penuntut universiti.

Difahamkan kedua-dua bayi tersebut dilahirkan seorang diri oleh pelajar berusia 19 tahun itu di rumah sewanya pada 12 September jam 11 malam. Namun, bayinya berada dalam keadaan tidak bergerak serta mengalami kesukaran bernafas.

Dia dan teman lelakinya kemudian membalut bayi mereka dengan kain dan dibiarkan di ruangan bilik air.

Nekad buang bayi

buang bayi kembar

Foto: Tribun News

Keesokan harinya, lelaki berusia 31 itu mengambil keputusan untuk menanam bayi kembarnya di sekitar rumah.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, lelaki tersebut berhenti berhampiran sungai lalu menuruni sungai berkenaan hampir lima meter dan membuang bayi kembarnya.

Menurut Parliska, suspek bertindak sedemikian kerana panik dan takut jika ibu bapanya mengetahui tentang kelahiran bayi kembar tersebut.

Susulan itu, mayat kedua-dua bayi berkenaan dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk siasatan lanjut manakala pasangan tersebut masih ditahan oleh pihak polis.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×