berita

Selepas MotoGP, Wanita Ini Dipanggil Hentikan Hujan Ketika Konsert Pula Tapi Lagi Sekali Gagal

June 14th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sebelum ini, seorang pawang hujan yang membuat kemunculan semasa perlumbaan MotoGP di Litar Mandalika, Indonesia mendapat kecaman pelbagai pihak, terutama penduduk Indonesia.

Kini, pawang yang dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari atau Mbak Rara itu muncul sekali lagi untuk menempah malu selepas gagal menghentikan hujan di sebuah konsert.

Dijemput ke konsert

Menerusi satu video yang dimuat naik halaman @fakta.indo di laman Instagram, difahamkan Mbak Rara dijemput hadir ke konsert tersebut bagi ‘menguruskan’ hujan sebelum bermulanya acara itu.

Dalam video tersebut, Mbak Rara dapat dilihat berdiri di luar kawasan penonton sambil melambai-lambai. Menerusi kapsyen video, Mbak Rara dipercayai diundang ke konsert tersebut untuk memastikan hujan tidak turun.

Namun, menerusi video berdurasi 17 saat itu, ternyata misi Mbak Rara gagal selepas ramai dapat dilihat mula memakai baju hujan pakai buang ketika konsert sedang berlangsung.

Viral video sebelum konsert Mbak Rara diundang sebagai pawang hujan dan ternyata hujan juga.

Perkongsian itu mendapat respon warganet yang rata-rata beranggapan bahawa Mbak Rara bukanlah seorang pawang, tetapi hanyalah seorang penipu. Tidak kurang juga yang saling mengingatkan bahawa perkara tersebut bercanggah dengan syariat Islam.

Sumber: Instagram fakta.indo

SKIP THIS AD ×