berita

[VIDEO] Peminat Teruja Lihat Aedy & Amelia Dalam Satu ‘Frame’, Doa Semoga Berjodohan

March 31st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Sebelum ini, tular video pelakon Aedy Ashraf melamar pelakon kacukan, Amelia Henderson untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun, momen gembira itu tidak berkekalan selepas pasangan ini tidak lagi ‘follow’ di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Warnakan Rambut Merah Sebab Filter, Bukan Kecewa Putus Cinta’ – Amelia Henderson

Artikel Berkaitan: Lamaran Bukan Gimik, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Tak Ada Masa Nak ‘Dating’

Artikel Berkaitan: Kongsi Ayat Sedih & ‘Unfollow’ Di Instagram, Hubungan Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dah Berakhir?

Satu ‘frame’

Terbaru, menerusi video di Tiktok, Aedy dan Amelia dilihat sedang menjalani satu sesi ‘photoshoot’ untuk produk Rizman Ruzaini, baru-baru ini.

Dalam video itu, kedua-dua mereka kelihatan mesra dan mencetus rasa teruja dalam kalangan peminat yang mengharapkan kedua pelakon itu masih menjalinkan hubungan istimewa.

@aleesaameer

King & Queen ??#aedyxashraf #ameliahenderson #aedyamelia #rizmanruzaini #fypage #fyp? #fypdongggggggg

? Kings & Queens – Ava Max

Happy tengok dorang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bahagia melihat kedua pelakon drama ‘Kisah Cinta Kita’ itu kembali bersama di dalam satu ‘frame‘. Selain itu, terdapat juga komen yang mendoakan agar mereka berjodohan kerana dikatakan sama cantik dan sama padan.

Sumber: TikTok @aleesaameer

SKIP THIS AD ×