

Foto: New York Post
Seorang pemuda berusia 22 tahun ditahan polis selepas didakwa menyembunyikan 10kg kokain di dalam kusyen tempat duduk sebuah kerusi roda elektrik.
Sorok 10kg kokain dalam kerusi roda

Foto: New York Post
Memetik laporan New York Post, perbuatan itu terbongkar selepas salah seorang pegawai Pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) di Amerika Syarikat melakukan pemeriksaan ke atas suspek yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas. Menurut sumber, pegawai CBP tersebut telah menemui bungkusan yang tersembunyi di dalam kusyen tempat duduk kerusi roda elektrik yang digunakan suspek, Alexander Lopez-Morel.
Hasil pemeriksaan mendapati bahawa bungkusan yang seberat lebih daripada 10kg itu adalah dadah jenis kokain. Keempat-empat bungkusan yang ditemui itu mengandungi lebih daripada 23 paun (10kg) kokain di mana keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai $378,000 bersamaan RM1,659,798.00. Susulan daripada itu, suspek telah ditahan oleh pegawai CBP dan akan didakwa atas pertuduhan mengedar dadah.
Sumber: New York Post





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)