Penyanyi Fazli Zainal telah disahkan positif Covid-19 pada minggu lalu setelah menjalani ujian saringan. Terkini, dia dikejarkan ke Hospital Ampang selepas sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.
Keadaan saya semakin teruk
Foto: BH Online
Memetik laporan BH Online, difahamkan Fazli Zainal telah menjalani tempoh kuarantin di rumahnya. Namun, keadaannya semakin teruk apabila dia mengalami sakit badan, batuk dan kesukaran untuk bernafas. Tambah Fazli lagi, dia telah menjalani ujian darah dan imbasan sinar-X sebelum dimasukkan ke wad.
Berikutan keadaan kesihatan saya ketika itu tidak membimbangkan, saya menjalani kuarantin kendiri di rumah. Bagaimanapun, semakin hari, keadaan saya semakin teruk. Saya mula sakit-sakit badan, batuk dan sukar bernafas.
Tahap oksigen saya jatuh ke paras 75 peratus berbanding 95 peratus untuk individu normal. Buat sementara waktu, saya ditempatkan di wad kecemasan kerana difahamkan, hospital kekurangan katil. Hendak datang ke hospital ini juga saya terpaksa menggunakan khidmat paramedik swasta kerana ambulans hospital semuanya digunakan.
Sumber: BH Online