berita

‘Semalam Birthday Aizad, Baru Nak Makan Kek Sama-Sama’ – Perkongsian Anak Mangsa Nahas Helikopter Terhempas Undang Sebak

April 25th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Helikopter

Perkongsian di TikTok milik anak kepada salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa mengundang rasa sebak.

Artikel Berkaitan: ‘Ketika Buat Pengecaman Anak Sulung Saya Tadi, Wajahnya Tenang Seakan Sedang Tidur’

Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter: Kakak Sulung Dedah Adik Mat Minta Nak Makan Nasi Putih Dengan Telur Goreng & Ikan Masin

‘Makan kek sama-sama’

Helikopter

Anak kepada Allahyarham Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang dikenali sebagai Aizad berkata hasratnya untuk menikmati kek ulang tahun kelahiran bersama arwah bapa tidak kesampaian.

Papa, semalam (Rabu) birthday Aizad, baru nak makan kek sama-sama dengan papa.

Terima kasih hero keluarga dan perwira negara.

Dalam hantaran sama, Aizad turut berkongsi beberapa foto bersama arwah.

Sementara itu, menerusi perkongsian berbeza, dia mengucapkan terima kasih kepada arwah bapanya yang telah berjasa kepada keluarga dan negara di samping mendoakan agar ditempatkan bersama golongan beriman.

Terima kasih papa kerana menjaga makan minum kami satu keluarga. Terima kasih juga menjadi hero kami. Kami sayang papa.

Tunggu kami di syurga. Semoga tenang di sana (akhirat).

Sekadar info, arwah Mohd Shahrizan yang memegang jawatan sebagai Pegawai Waran II TMK antara yang 10 orang yang maut selepas terlibat dalam nahas dua buah helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×