berita

Semata Ingin Kejar Publisiti, Uyaina Arshad Pernah Disuruh Berlakon ‘Minum’ Di Kelab Malam – ‘Awak Tak Popular, Perlu Ada Gosip Liar’

November 29th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai isu pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial. Antara selebriti yang bersuara adalah Nam Ron, Sherry Alhadad dan Amerul Affendi.

Artikel Berkaitan: ‘Jalankan Bisnes Bersama Kekasih Bukan Untuk Ke Fasa Seterusnya, Niat Nak Bantu Rakan Cari Pendapatan’ – Uyaina Arshad

‘Minum’ di kelab malam

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mendedahkan pengalaman dirinya untuk meraih publisiti segera pada empat tahun lalu. Menurut Uyaina, 29, dia pernah diminta berlakon ‘minum’ di kelab malam semata-mata.

Saya juga pernah kena teruk sebelum ini. Uyaina, awak tak popular, perlu ada gosip liar.

Apa kata awak pergi ke kelab malam dan pegang saja gelas kemudian berlakon sedang ‘minum’. Kemudian kita rekod atau ambil gambar, pasti nama awak terkenal selepas itu.

Maruah diri diperlekeh

Biarpun sudah lama berlalu, pemilik nama Shaidatul Naseha Uyaina Arshad akui memori itu masih segar dalam ingatannya. Kata pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa, sekiranya menuruti dia mampu meraih populariti itu tetapi dalam masa sama akan mengguris hati ibunya.

Sangat teruk. Empat tahun berlalu tetapi ayat itu masih segar dalam ingatan.

Perkara itu juga sangat merendahkan maruah diri saya. Sebab jika saya ikut dan lakukan apa yang diminta, memang mudah untuk meraih populariti segera namun ibu saya pasti akan sangat kecewa dengan hal tersebut.

Twitter: @UyainaArshad

SKIP THIS AD ×