berita

‘Sememangnya Saya Bukan Ahli Agama, Tapi Itu Yang Saya Faham’ – Aishah Jawab Isu Kecaman Dapat Kurangkan Dosa

October 11th, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, penyanyi Datuk Aishah meluahkan rasa musykil dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keempat yang akan datang. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kecaman buat pelantun suara ‘Janji Manismu’ ini.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sampai Malaikat Maut Pun You Maki’ – Aishah

Artikel Berkaitan: ‘Pemarkahan Bagaimana Yang Akan Diberikan…’ – Aishah Musykil Soal Pemilihan Artis Jemputan ASGV

Bukan itu sahaja, seorang individu dilihat ‘menyekolahkan’ Aishah berhubung kenyataannya ‘Alhamdulillah, semoga dengan berbagai kecaman ini akan mengurangkan dosa-dosa yang lepas’ di Instagram.

Tipu kalau saya tak pernah menangis

Menurut Aishah, dia pernah menangis akibat kecaman yang diberikan oleh netizen. Namun begitu, sebagai penyanyi Aishah berkata, dia perlu menjadi seorang yang professional dan ‘bangkit’ semula untuk meneruskan kehidupan.

Apabila seseorang dimaki, dicaci, dikeji, mungkin yang menulis dan berkata itu tak tahu bagaimana mereka telah menyakiti orang yang dikecam dan adakalanya difitnah. Tipulah kalau I kata I tak pernah menangis akibat kecaman ini. Orang tak nampak sebanyak mana airmata kami ni yang gugur.

Cuma sebagai seseorang yang professional kita bangun semula, keringkan airmata dan move on. Allah swt. saja tau sakitnya. Apa yang saya belajar apabila Allah beri ujian kepada kita, tak kiralah ujian sakit, fizikal, emosional dan mental Insyallah akan dilupuskan sedikit dosa-dosa yang lalu.

Di samping itu, Aishah tampil bersuara berhubung komen yang ditinggalkan oleh seorang individu berhubung kenyataan dosa dan pahala.

Sememangnya saya bukan ahli agama,tapi itu yang saya faham. Sakit bukan dari fizikal saja, emosional dan mental juga boleh disakiti. Sekiranya saudara ni lebih arif tentang agama, boleh saja betulkan sekiranya pemahaman saya ni salah. Dalam Islam kita boleh menegur dan nasihat. Tapi tak ada keperluan untuk menyindir dan seolah menghina pemikiran saya.

Kalau tuan lebih arif sila hujahkan fakta yang munasabah dan mengikut peradaban Islam. Islam itu indah. Para asatizah sekelian sangat saya alukan untuk memberi pandangan sekiranya apa yang tulis itu tidak benar. Berdakwahlah dengan berhemah.

Sumber: Aishah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×