Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29, selamat melahirkan bayi perempuan secara Czer atau pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Hitung Hari Nak Bersalin Secara Czer, Berat Badan Ayda Jebat Hanya Naik 8kg – ‘Habis Pantang Dapat La Balik 46kg’
Selamat bersalin
Menurut pengacara Nabil Mahir, 33, isteri tercintanya selamat melahirkan cahaya mata mereka pada pukul 7.07 malam (Selasa).
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir melahirkan rasa syukur apabila proses pembedahan bagi melahirkan bayi sulung berjalan lancar.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pukul 7.07 malam seberat 2.77 kilogram.
Seminggu awal dari tarikh asal
Pada petang Selasa, pelantun lagu Parah Parah memberitahu di Instagram (IG) dia akan melahirkan bayi sulungnya seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.
Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin.
Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Kosmo, Instagram @aydajebat