Umum tahu, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat bakal menimang cahaya mata pertama yang dijangka hujung bulan September ini.
Artikel Berkaitan: Terima Komen Negatif Isu Bersalin Secara Czer, Ini Respon Ayda Jebat
Artikel Berkaitan: Bersalin Secara Caesar Dipandang Jelek, Dr Say Minta Ubah Pemikiran – ‘Ada Yang Sebulan Terlantar Akibat Kesakitan’
Berat badan naik 8 kg
Menerusi hantaran terbaru, Ayda, 29, memaklumkan dia sedang menghitung hari untuk melahirkan anak perempuannya itu.
Menurut pemilik nama Nur Suhada Jebat, sepanjang sembilan bulan hamil berat badannya hanya naik 8 kilogram (kg).
Tinggal beberapa hari lagi! Dari 46kg hingga 54kg sekarang. Bagaimana dengan mommies yang lain?
Pelakon drama Cindai itu turut memuat naik foto yang menampakkan ‘baby bump’ yang sarat.
Best la sikit ja naik
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat turut berkongsi pengalaman mereka ketika mengandung. Antaranya adalah Shima Anuar, Amyra Rosli dan Dayana Roza.
Di samping itu, wargamaya turut mendoakan agar urusan pelantun lagu Parah Parah untuk bersalin dipermudahkan Allah serta berjalan dengan lancar.
Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu. Ayda dijangka bersalin pada 8 Oktober depan, namun kerana memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Sumber: Instagram @aydajebat