Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah, meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata pertamanya bersama suami.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Mamat Sepah Usap Kepala Anak Watie Hanifiah, Netizen Titip Doa – ‘Semoga Allah Tiupkan Roh Dalam Rahim Awak Juga’

Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Berterima Kasih Kepada Shuib – ‘Anak Itu Adalah Ganjarannya’

Watie syukur kehadiran cahaya mata pertama

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menyifatkan kehadiran Akira Juwita Zahra sebagai anugerah terindah daripada Allah SWT.

Dear Anakku Akira Juwita Zahra, terima kasih kerana memilih Mummy & Daddy sebagai orang tuamu.

Tiada kata-kata yang dapat Mummy gambarkan betapa bersyukurnya Mummy kepada Allah kerana sekali lagi telah menganugerahkan sesuatu yang indah buat diri Mummy.

Dalam masa sama, Watie turut menyifatkan perkahwinannya bersama Shuib sebagai antara nikmat berharga yang dikurniakan dalam hidupnya.

Selepas keindahan pertama yang Allah beri dengan berjodoh bersama Daddy Akira.

Semoga Akira menjadi pengikat kasih antara Mummy & Daddy dan juga kakak serta abang-abang Akira.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian Shuib yang turut meluahkan rasa cintanya buat isteri dan anak mereka.

Sumber: Instagram Watie Hanifiah