Perkongsian terkini isteri kepada pelawak Mamat Sepah iaitu Nordiana Ibrahim, telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Isteri Tamatkan Kerjaya Polis Selepas 20 Tahun Berkhidmat, Mamat Sepah Akui Bukan Keputusan Mudah

Artikel Berkaitan: Mamat Sepah & Isteri Syukur, Tak Berkait Kes Penyebaran Maklumat – ‘Tiada Bukti Ditemui Dalam Telefon Kami’

Usap kepala bayi

@ciknana_mamatsepah

Diam2 matin rekod video ni dengan Baby Akira Juwita 🤍✨ Simpan sini jadi kenangan #akirajuwitazahra

♬ original sound – Lagu Hits SlowRock Terbaik – Lagu Hits SlowRock Terbaik

Menerusi perkongsian di TikTok, Nordiana atau mesra disapa Nana dilihat hadir ke majlis akikah puteri kepada selebriti terkenal Shuib dan Watie Hanifiah yang berlangsung baru-baru ini.

Pada hantaran tersebut, kelihatan Nana sedang memegang bayi yang comel itu sambil mengusap-usap kepalanya dengan lembut.

Diam-diam Matin (anak Shuib), rekod video ini dengan baby Akira Juwita.

Simpan sini, jadi kenangan.

Doa netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat kelembutan Nana menyantuni bayi tersebut.

Dalam masa yang sama, warganet turut mendoakan agar Nana dan Mamat dikurniakan rezeki untuk menimang zuriat mereka suatu hari nanti.

Sekadar info, Nana dan Mamat mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dalam sebuah majlis di Kulai, Johor selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Sumber: TikTok