berita

‘Semoga Kebenaran Akan Terjawab’ – Mahu Bersihkan Maruah, Ali Puteh Balas Saman Bekas Kakak Ipar

August 27th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pelawak, Ali Puteh sebelum ini pernah tampil memberi penjelasan dakwaan dia cuba mengambil hak anak dan balu arwah abangnya, Siti Norhidayah. Ali Puteh juga telah memohon maaf kerana memuat naik status penuh emosi sehingga mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Artikel berkaitan :  ‘Kalau Mampu Bayar Alphard RM2500, Ambillah..’ – Dikecam ‘Sibuk’ Hal Faraid, Ini Penjelasan Ali Puteh

Terbaru, menerusi Astro Gempak, Ali Puteh mengaku mengeluarkan saman kepada bekas kakak iparnya dan usahawan, Datuk Aliff Syukri. Kata Ali, keputusan itu diambil sebagai tindakan balas ke atas saman yang dikeluarkan Nor Hidayah terlebih dahulu.

Balas saman Hidayah

Ali sebagai plantif keempat mengeluarkan saman tersebut bersama ibunya, Sabariah Arshad (plantif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plantif kedua) dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

Kata Ali lagi, selepas video rakaman kakak ipar bersama jutawan kosmetik viral di laman sosial, mereka sekeluarga menanggung akibat. Ibunya paling terkesan apabila mereka menjadi bahan hinaan masyarakat.

Mahu bersihkan maruah

Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipijak-pijak. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami sekeluarga.

Menjawab dakwaan plantif, Hidayah mengaku membawa tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama arwah suaminya.

Selain itu, dia turut membawa empat utas jam tangan dan mengeluarkan RM10,000 daripada akaun milik arwah dan mendakwa telah memasukkan wang ke dalam akaun anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plantif.

Sumber : Gempak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×