
Balu Allahyaraham Abam Bocey iaitu Hidayah Hamzah sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi momen bersama kekasih hati, Amsyar Salim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Allah Ambil Arwah & Ganti Dengan Wajah Seiras’ – Balu Abam Bocey
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Iftar Bersama, Hidayah Terbuka Kongsi Wajah Kekasih? – ‘Kalau Jodoh, Memang Ada Iras Arwah Abam’
Kapsyen berbentuk hati
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Hidayah berkongsi momen bersama keluarga dengan kapsyen ringkas berbentuk hati berwarna merah.
Meskipun tidak mengulas lanjut mengenai video tersebut, namun pasangan itu yang mengenakan pakaian sedondon menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka kini di fasa yang lebih serius.
Turut menjadi perhatian adalah sosok pelakon veteran, Normah Damanhuri yang turut bersama-sama pasangan itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah hubungan ibu kepada usahawan sensasi Kak KM itu bersama Hidayah mahupun bakal suaminya, Amsyar.
Namun menerusi perkongsian di Instagram Story, Hidayah menggelarkan aktres veteran itu dengan panggilan ‘Mama’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Hidayah dan Amsyar.
Sebelum ini, Hidayah pernah memberi kenyataan kepada pihak media memaklumkan bahawa dia merancang untuk kembali mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
Sumber: Instagram Hidayah Hamzah








