berita

‘Semoga Kisah Perkenalan Ini Jadi Asbab Kebahagiaan & Permulaan Baru..’ – Aiman Tino Dah Bertunang?

January 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai beberapa video keakraban penyanyi, Aiman Tino bersama seorang gadis cantik. Malah kemesraan yang ditampilkan mereka berdua secara tidak langsung membuatkan para peminat tertanya-tanya apakah status hubungan pelantun lagu Ku Rela Dibenci Ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sambut Tahun Baharu Sambil Tiup Lilin, Aiman Tino ‘Show Off’ Teman Wanita?

Namun baru-baru ini, Aiman Tino bersama keluarganya dikatakan telah menghantar rombongan merisik ke rumah teman wanita penyanyi itu yang dikenali sebagai Syarah Haifa.

Aiman Tino hantar rombongan merisik

Berita gembira itu disahkan oleh abang Syarah iaitu Farish Isa menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Eh! Ada tetamu datang rumah kita la. Rupanya nak merisik bunga di taman.

Menerusi video tersebut, kelihatan ibu Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil menyarung cincin di jari manis Syarah sambil disaksikan oleh ahli keluarga yang lain. Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 24 tahun itu turut berkongsi video merisik di IG Storynya.

Semoga kisah perkenalan ini menjadi asbab kebahagiaan dan permulaan baru untuk diri ini. Terima kasih di ata segala doa.

Difahamkan majlis merisik itu berlangsung di Cheras petang semalam.

Video

Sumber: Farish Isa, Aiman Tino

SKIP THIS AD ×