berita

[VIDEO] Sambut Tahun Baharu Sambil Tiup Lilin, Aiman Tino ‘Show Off’ Teman Wanita?

January 4th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tindakan seorang gadis memuat naik video bersama penyanyi, Aiman Tino di TikTok telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang tertanya-tanya apakah hubungan mereka berdua.

Siapa gadis bersama Aiman Tino?

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Syereheife, memaparkan dirinya bersama Aiman Tino berada di dalam kereta menyambut tahun baharu. Turut kelihatan Aiman tersenyum gembira sambil meniup lilin yang diletakkan di atas makanan dalam kotak khas. Namun kapsyen yang ditulis gadis ini seolah-olah mereka berdua sedang dilamun cinta.

Mulakan tahun 2023 dengan insan saya berjumpa pada tahun 2019.

Gadis ini juga sempat merakam momen Aiman Tino sedang memberi makanan kepada seekor kucing di luar sebuah premis. Keakraban dan kemesraan mereka berdua menghadiri konsert penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza telah mengundang pelbagai spekulasi netizen.

Namun sehingga kini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Aiman Tino.

Video

Pergi konsert bersama

Sumber: TikTok Syereheife

SKIP THIS AD ×