Foto: Tangkap layar video
Tidak dapat digambarkan perasaan seorang gadis yang dikenali sebagai Papiule, apabila dia kehilangan bakal suaminya yang meninggal dunia 16 jam sebelum majlis akad nikah mereka berlangsung.
Apa yang lebih meruntun hati, apabila video kiraan lima hari sebelum majlis mereka berlangsung turut dikongsi oleh gadis ini menerusi laman TikToknya yang berjaya membuatkan rata-rata warganet berasa sebak.
Menanti hari penuh bahagia
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video tersebut, dapat dilihat gadis itu begitu teruja menanti hari penuh bahagianya dan sempat mengira detik-detik bermakna bermula hari kelima dan diikuti hari yang seterusnya. Dua hari sebelum majlis akad nikah berlangsung, dia sempat berkongsi upacara tradisi yang dilakukan di Indonesia sebelum pengantin perempuan itu sah bergelar isteri.
Namun, apa yang menyedihkan apabila detik bermakna dalam hidupnya berubah apabila bakal suaminya dijemput oleh Allah S.W.T. 16 jam sebelum majlis itu berlangsung. Bahkan, foto gadis ini bersama ahli keluarganya yang lain turut diletakkan di dalam video tersebut. Arwah yang dikenali sebagai Dzulfikar Attras merupakan bakal doktor yang tidak lama lagi akan menamatkan pengajiannya.
Selamat jalan pak doktor, tugas kamu dah selesai di dunia dan mencintai aku sehingga nyawamu dicabut. Aku bahagia dengan kamu dan tidak ada sebarang kekurangan pun sepanjang mengenalimu. Jalan dengan tenang, dengan senyumanmu yang lebar.
Walaupun, berat untuk diterima namun gadis ini terpaksa akur dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.
Ketabahan seorang gadis
View this post on Instagram
Al-Fatihah
Sebak!
Sumber: Makassar Info