Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Namun, siapa sangka seorang wanita yang bakal bergelar isteri telah pergi buat selama-lamanya sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Meninggal dunia sehari sebelum nikah
Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, bakal pengantin perempuan yang dikenali dengan nama Tiara Permadani Gamri dari Indonesia ini sepatutnya akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama kekasih hati, Ilham pada 30 November 2020 yang lalu.
Segala persiapan majlis sudah pun dilakukan oleh mereka dan ahli keluarga termasuklah dari segi makanan, khemah, pakaian pengantin dan sebagainya. Pelamin juga telah tersergam indah dengan dekorasi bunga. Boleh dikatakan hampir 100% sudah selesai dan hanya perlu tunggu saat majlis berlangsung sahaja.
Pergi rumah bakal suami, hantar baju
Tetapi lain pula yang jadinya apabila ajal menjemput dirinya terlebih dahulu. Majlis pernikahan kini bertukar menjadi majlis tahlil buat pengantin perempuan. Menurut sumber, dua hari sebelum majlis berlangsung, pengantin perempuan telah pergi ke rumah bakal suaminya untuk menghantar baju nikah.
Tidak lama selepas itu, si bapa pengantin perempuan menerima panggilan daripada rakan Tiara bahawa anaknya telah dikejarkan ke hospital. Difahamkan, hal itu berlaku dipercayai disebabkan tindakan Tiara yang meminum racun.
Pengantin lelaki tak kelihatan
Si bapa yang terkejut dengan berita itu terus bergegas ke hospital dan dia sempat berjumpa dengan bakal menantunya untuk mengetahui kejadian sebenar.
Saya tanya anak saya di mana, dia beritahu di hospital. Kemudian saya tanya, anak saya minum racun di mana, dia kata tidak tahu.
Namun, pada malam (29 November) sebelum majlis berlangsung, Tiara disahkan meninggal dunia. Tetapi pada ketika itu, wajah calon menantunya itu langsung tidak kelihatan.
Si bapa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian anaknya itu. Dia kemudian bertindak melaporkan kepada pihak polis. Pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kini mereka masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kematian Tiara.
Sumber: Tribunnews