berita

Sempena Ulang Tahun Ke-50, KFC Nak Belanja Korang Tiket Percuma ke Kepci Music Fest!

August 24th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Siapa sini peminat ayam goreng KFC sila angkat tangan!

Haa..Sempena ulang tahun mereka ke-50, KFC Malaysia akan mengadakan Kepci Music Fest dan nak belanja korang semua ke festival muzik yang menampilkan barisan artis terkenal tanah air. Bestnya!

Nak tahu macam mana nak dapatkan tiket ke Kepci Music Fest ni? Jom admin kongsikan!

Untuk pengetahuan korang, Kepci Music Fest adalah sebagai tanda penghargaan KFC kepada pelanggannya yang telah menyokong mereka selama 50 tahun beroperasi di Malaysia serta meraikan rakyat Malaysia dengan festival musik yang terbesar dengan menampilkan 40 artis terkenal tempatan!

Lebih menarik, festival muzik ni akan berlangsung di 3 lokasi dan tarikh yang berbeza di Selangor, Johor dan Sabah. Yang lagi best, korang semua berpeluang untuk mendapatkan tiket percuma ke Kepci Music Fest ni.

Berikut adalah barisan artis yang terlibat mengikut tarikh dan lokasi yang berbeza:

Lokasi Pertama: Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor
Tarikh: 26 Ogos 2023
Artis: Siti Nurhaliza, Amy Search, Misha Omar, Bunga, MK (K-Clique), dan ramai lagi

Lokasi Kedua: Kadazan Dusun Cultural Association Sabah (KDCA), Penampang, Sabah
Tarikh: 6 Oktober 2023
Artis: Amy Search, Ella, Masdo, MK (K-Clique), dan ramai lagi

Lokasi Ketiga: Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor
Tarikh: 21 Oktober
Artis: Siti Nurhaliza, Amy Search, Bunkface, Estranged, DOLLA, dan ramai lagi

Macam mana pula nak dapatkan tiket ke Kepci Music Fest ni?

Cara nak dapatkan Tiket Elektronik ke Kepci Music Fest ni pun senang sangat iaitu korang hanya perlu beli mana-mana Set A, Set B, Set C atau Set D untuk tebus e-tiket!

Langkah-langkah untuk menebus:

  1. Beli mana-mana set Kepci Music Fest
  2. Muat naik resit di kepcimusicfest.com
  3. Tebus e-tiket dalam talian menggunakan kod daripada emel pengesahan
  4. Layan Kepci Music Fest!

Satu pembelian set Kepci Music Fest akan melayakkan korang mendapat satu tiket.

*Jenis kombo mungkin berbeza mengikut lokasi

Bukan itu saja, terdapat juga festival percuma yang menarik dengan permainan, persembahan kebudayaan, inflatables yang insta-worthy dan banyak lagi di lokasi Kepci Music Fest yang terpilih.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis-artis kesayangan korang beraksi dan dapatkan mana-mana set Kepci Music Fest yang sedap hingga menjilat jari hari ini juga.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web KFC.

SKIP THIS AD ×