berita

Sempena Ulang Tahun Keputeraan, Wanita Teruja Dapat Hadiahkan Al-Quran & Tasbih Pada Tengku Hassanal

September 17th, 2023 | by Shahira
OB Eksklusif

Pernah tak korang ada keinginan nak bagi hadiah dekat seseorang yang korang idolakan? Tak kisah lah sama ada individu itu dalam kalangan selebriti mahupun orang ternama seperti kerabat diraja.

Artikel Berkaitan: Semua Cantik & Tampan! Kenali Wajah Anakanda Agong, Raja Permaisuri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wajah ‘Malu-Malu’ Tengku Hassanal Ketika Dicium Pipi Oleh Bondanya Bikin Netizen ‘Cair’

Baru-baru ini, OhBulan! berjaya menemu bual seorang peminat yang pernah memberi hadiah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beli hadiah setiap tahun

Menurut wanita tersebut, dia telah beberapa kali mengirimkan hadiah kepada Tengku Hassanal bersempena hari keputeraan baginda pada tanggal 17 September.

Apabila ditanya apakah antara hadiah yang dikirimkan, wanita itu memberitahu dia telah menghadiahkan Tengku Hassanal senaskhah al-Quran bersama rehal dan tasbih pada hari keputeraan baginda yang ke-26 dan 27 tahun.

Dua tahun berturut-turut, saya bagi senaskhah al-Quran, rehal dan tasbih kepada baginda. Sejujurnya saya tak tahu nak beli apa, sebab saya fikir Tengku Hassanal dah ada segalanya. Tapi tak tahu macam mana, saya terfikir untuk belikan al-Quran dan rehal yang siap diukir nama baginda di atasnya.

Tak dapat bagi hadiah sebab protokol istana

Lebih mengujakan apabila wanita itu berpeluang bertemu dengan Tengku Hassanal pada 12 Februari 2022 di TGV One Utama sempena tayangan perdana filem Syahadan. Meskipun telah membawa hadiah, tetapi wanita itu tidak berkesempatan untuk memberikan kepada Tengku Hassanal atas faktor protokol istana.

Masa tu, saya memang dah bawa hadiah untuk bagi pada Tengku Hassanal. Saya beli topi yang siap ada nama sebab saya tengok Tengku selalu pakai topi.

Masa itu, saya sempat berjumpa dengan individu yang bekerja dengan pihak istana dan minta sampaikan hadiah kepada Tengku Hasannal. Tapi individu itu berkata, atas faktor protokol dan keselamatan, mereka tak boleh terima hadiah tersebut.

Pada tanggal 4 dan 10 Mac 2022, wanita itu berkesempatan menghadiri perlawanan polo Merdeka League Polo di Taman Equestrian Putrajaya yang turut disertai oleh Tengku Hassanal. Di sana, wanita itu berpeluang bergambar bersama baginda dan sempat menyampaikan hadiah kepada Tengku Hassanal.

Apabila ditanya mengenai perasaan wanita itu, dia akui berasa teruja kerana akhirnya dapat bertemu, berbual serta berpeluang memberikan hadiah kepada Tengku Hassanal secara bersemuka.

Saya harap lepas ni dapat lagi peluang berjumpa dengan Tengku Hassanal.

Untuk makluman, Tengku Hassanal merupakan Tengku Mahkota Pahang merangkap Pemangku Raja Pahang selepas KDYMM Al-Sultan Abdullah bertakhta sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 2019.

SKIP THIS AD ×