berita

[VIDEO] Tengku Hassanal Sebak Ketika Ziarah Keluarga Tragedi Kepala Air

July 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilihat berkesempatan menziarahi keluarga tragedi kepala air di Kemaman, Terengganu.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Diberi Peluang Untuk Lahir Semula, Kita Bentuk Keluarga Ini ‘ – Adik Mangsa Nahas Kepala Air

Artikel Berkaitan: Tengku Hassanal Mohon Maaf Lewat Hadir Majlis Tanam Pokok, Minta Polis Henti Siasat Aktivis

Sebak

Menerusi sepotong video yang tular di TikTok, Tengku Hassanal bersama beberapa penduduk kampung berada di perkarangan kediaman keluarga mangsa.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian apabila Tengku Hassanal kelihatan sebak sehingga mengesat matanya beberapa kali ketika sedang menadah tangan membacakan doa.

Tengku Hassanal yang mengenakan busana berona unggu dan biru itu hanya menundukkan pandangan sambil mengaminkan doa tersebut..

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut merasa sebak dan dalam masa sama mendoakan kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 5 hingga 6 petang, Sabtu lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu ahli keluarga itu dari Batu Pahat, Johor dihanyutkan kepala air berikutan hujan lebat berlaku.

Lapan mangsa yang telah ditemukan sejak Ahad iaitu Karim Abdullah, 39 dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Dalam pada itu, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui pada Selasa.

Sementara itu, pada Jumaat pagi seorang lagi mangsa yang dipercayai Muhammad Fikri Saliman, 24, berjaya ditemukan.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang masih belum ditemukan ialah Putri Nur Fatin Karim 14.

Video

@jungyihyun_ Tengku Hassanal sebak melawat keluarga mangsa ??#tengkuhassanalibrahimshah #pemangkurajapahang #fyp??viral ? Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×