berita

Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-6, Nora Danish & Suami Santai ‘Supper’ Burger Tepi Jalan

March 31st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon Nora Danish luah rasa syukur atas pinjaman berharga untuknya sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-6 bersama suami, Nedim Nazri.

Artikel Berkaitan: Netizen Terkesima Tengok Nora Danish Kekal Awet Muda – ‘Bila Nak Tua Ni…’

Artikel Berkaitan: Takut Dengan Kematian, Nora Danish Buat Wasiat Harta

Artikel Berkaitan: Nora Danish Lebih Memilih Dalam Berpakaian, Akui Teguran Netizen Ada Betul

Burger tepi jalan

Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Nora, 41 memuat naik video momen indah bersama suami tercinta dengan kapsyen rasa syukur atas pinjaman yang diberikan buatnya.

Yeppie Yanni Verr Seriiii hubs! (Happy Anniversary).

Enam tahun perkahwinan. Terima kasih Allah di atas pinjaman yang sangat berharga ini.

Pada hantaran tersebut, kelihatan Nedim yang membalas ucapan Nora dengan berterima kasih atas tahun-tahun yang terindah bersama.

Difahamkan, pasangan itu menyambut ulang tahun perkahwinan secara ringkas dan santai dengan membeli burger di tepi jalan serta menjadikannya sebagai ‘supper‘ buat mereka.

Sekadar info, Nora Danish dan Nedim Nazri sah bergelar suami isteri pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 5.

Sumber: Instagram @noradanish

SKIP THIS AD ×