Biarpun sering menjadi mangsa kritikan gara-gara penampilan seksi, pelakon Nora Danish tidak pernah melatah atau berlawan mulut dengan ‘keyboard warrior.’
Artikel Berkaitan: ‘Please Nora Kita Dah Akhir Zaman’– Belanja ‘Outfit’ Pantai Kena Kecam Netizen, Nora Danish Tutup Ruang Komen
Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Belanja Foto Berendam Dalam Tab Mandi, Nora Danish Terus Padam Dari Instagram
Saya rasa tak seksi
Menurut Nora, dia sedar gerak-gerinya sering diperhati memandangkan dia bergelar selebriti.
Kata aktres berumur 40 tahun ini, semua orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing biarpun dia tidak berasa pakaiannya terlalu seksi seperti yang diperkatakan.
Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa-apa pun. Saya pun seorang selebriti.
Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutama peminat. Bagi saya, apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai doa.
Saya pun kalau boleh tak nak la seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi.
Nora berkata demikian ketika sidang media filem ‘7 Minggu Sebelum Kahwin’ yang diadakan di Dadi Cinema Pavillion Kuala Lumpur, pada Selasa.
Selain Nora, filem romantik komedi arahan Eyra Rahman turut menampilkan barisan pelakon popular antaranya MK K-Clique, Alya Iman, Vanessa Reynauld, Ropie, Yassin, Sham Visa dan Azizah Mahzan.
Hati dijentik netizen
Tambah pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif, dia mengakui komen dan kritikan banyak memberi kesedaran untuk lebih berhati-hati dalam menggayakan pakaian.
Sebenarnya kadang-kadang kata-kata mereka (netizen) ini buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidak la terlalu seksi.
Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil terlalu lewa, sebab apa netizen kata ada baiknya.
Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Reunion bersyukur kerana dikurniakan suami, Nedim Nazri atau dikenali Boss Ned yang sentiasa tenang berdepan dengan kecaman di media sosial.
Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘whatever la’ dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti.
Jadi dia kena faham la selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk difikirkan.
Saya pun kata la, inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama suppor. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif.
Terdahulu, Nora berkahwin dengan Boss Ned berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia empat tahun.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli, Putra Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata mereka.
Sumber: Instagram @noradanish