Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming kini sedang bercuti di New Zealand. Meskipun sedang melancong, Khairul Aming sempat berkongsi tips bagi mengelakkan bahan masakan dirampas oleh pihak kastam dan imigresen kepada warganet.
Artikel Berkaitan: Produk Sambal Kena Ciplak, Khairul Aming Sudah Kumpul Bukti & Bakal Ambil Tindakan Sepatutnya
Artikel Berkaitan: Banjir Kelantan: Khairul Aming & Team Turun Padang Hantar Bantuan Barang Keperluan Kepada Mangsa
Senaraikan semua
Menerusi video yang dikongsikan pada Isnin, Khairul Aming memberitahu dia sudah menyenaraikan jenis bahan masakan yang dibawa beserta maklumat terperinci.
Kata pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, dia terdetik untuk melakukan selepas melihat perkongsian di Facebook.
By the way, barang-barang makanan aku bawa daripada Malaysia semua lepas. Tak kena buang atau dirampas. Dan benda ini (senarai jenis makanan) sangat membantu.
Aku nampak kat Facebook orang buat. Jadi aku buat perkara yang sama.
Ambil gambar kat Google, tulis nama produk, brand apa, bahan yang digunakan dan berapa kuantiti yang dibawa.
Tadi imigresen dengan pegawai kastam sangat gembira. Mereka cakap terima kasih kerana sudah menyenaraikan barang. Lebih memudahkan kerja.
Sumber: Instagram