berita

Guna Bahasa Melayu Sepenuhnya Semasa Acara TikTok Di Indonesia, Khairul Aming Raih Pujian Netizen

October 31st, 2022 | by Wani
Kini Trending

 

Usahawan terkenal, Khairul Aming, wakil dari Malaysia yang menghadiri satu majlis Tiktok For You Stage di Indonesia pada minggu lalu menerima pujian daripada netizen apabila menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya ketika memberi ucapan.

Artikel Berkaitan: “Menyesal Tertengok Video Ni”- Netizen Teracun Lagi Dengan Video Masakan Terbaharu Khairul Aming! 

Artikel Berkaitan: Bekas PA Khairul Aming Akhirnya Mohon Maaf, Janji Perbaiki Diri – ‘Saya Akui Kelemahan’ 

Artikel Berkaitan: Rupanya Ramai Tak Puas Hati, Khairul Aming Mengaku Silap Terlalu Percayakan Kawan Jadi PA

Raih inspirasi dari ‘followers’

Menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan yang berusia 30 tahun itu, dia berkongsi kisah inspirasi sehingga berjaya seperti pada hari ni ketika di majlis tersebut.  Tambahnya, kejayaan yang diraih berkat sokongan pengikutnya di media sosial.

Saya buat video masak dah 5 tahun. Ada yang menggunakan video masak itu untuk keluarga, di rumah sewa, dan ada juga yang menggunakan video saya untuk ‘business’ dari rumah. Kisah-kisah ini semua lah yang memberi inspirasi kepada saya walaupun video itu hanya berdurasi satu minit.

Berikutan itu, para netizen amat berbangga dengan Khairul Aming kerana tidak melupakan Bahasa Melayu ketika di negara orang.

Tiktok For You Stage di Indonesia bertujuan untuk menghargai para ‘creator’ yang telah menghiburkan dan menginspirasi masyarakat di Tiktok. Majlis ini turut dihadiri Nelysa Norazalan, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Guna Bahasa Melayu buat netizen bangga

Sumber: Khairul Aming

SKIP THIS AD ×