berita

‘Semua Ni Takkan Terjadi Tanpa Bersebab’ – Wanita Didakwa Sailang Suami Rakan Buka Mulut

January 8th, 2020 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Hari ini, tular di Facebook pendedahan seorang wanita yang dikatakan telah dicurangi oleh suaminya sejak sekian lama. Apa yang lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa suaminya telah berlaku curang dengan rakan baiknya sendiri malah telah berkahwin secara rahsia di Thailand pada dua hari lalu iaitu 6 Januari.

Susulan daripada kontroversi itu, individu yang didakwa telah mengganggu rumah tangga wanita tersebut memuat naik satu status di Instastorynya beberapa jam lalu sambil menyatakan pendiriannya.

Aku ingat dan aku percaya

Menerusi satu perkongsian status yang dibuat oleh individu itu, dia berkata dirinya tidak mengambil peduli sebarang hinaan yang dilemparkan terhadapnya ekoran daripada kontroversi tersebut.

Bahkan katanya, meskipun perkara ini berlaku dia masih akan tetap mengambil berat tentang kedua-dua insan tersebut dan akan terus menyimpan rahsia yang tersimpan di antara mereka.

Tidak terhenti di situ, dia dalam pada itu seakan menolak dakwaan wanita terbabit yang mengatakan bahawa dirinya telah berkahwin di Thailand pada 6 Januari lalu dengan menegaskan bahawa pada tarikh itu dirinya hanya berada di UIAM sepanjang hari.

Banyak terima kecaman

Sementara itu, melihat kepada ruangan komen di beberapa posting individu itu, kelihatan ‘tentera bawang’ datang menyerang dengan meninggalkan banyak komen negatif terhadapnya meskipun kontroversi itu baru beberapa jam sahaja berlaku.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×